Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Insiden seorang lelaki berumur mengambil gambar seorang gadis bagi tujuan melakukan onani di sebuah pasaraya di sini kini viral di laman sosial Facebook.

Gambar dan perbuatan lelaki itu dimuat naik oleh saksi yang menyaksikan kejadian itu dalam status Facebooknya pada 4 Februari lepas.

Dalam status saksi itu beliau menceritakan kejadian tersebut yang bermula apabila dia ternampak lelaki itu mengambil gambar seorang gadis secara sembunyi-sembunyi.

Lelaki itu kemudian berjalan merapati mangsa yang sedang menyaksikan sebuah persembahan di ruang legar pasaraya itu dimana saksi nampak lelaki berumur itu berdiri dibelakang mangsa sambil beronani.

Status Facebook saksi itu kemudiannya menjadi tular sehingga mendapat perkongsian mencecah sehingga 2,000.

Saksi dalam satu entrinya pada hari berikutnya  telah berjaya berhubung dengan mangsa dan memaklumkan kejadian tersebut.

Berikutan itu, mangsa telah melakukan satu laporan polis pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan laporan mengenai insiden berkenaan.

Menurut Mohd Ali, tiada tangkapan dibuat dan pihaknya masih lagi dalam usaha mengesan suspek buat masa ini.