KUALA KRAI: Seorang pekerja kilang kayu cedera pada leher serta pergelangan tangan dipercayai cuba bunuh diri di Batu Jong semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, polis percaya lelaki berusia 44 tahun itu menggunakan pisau untuk mengelar dirinya berdasarkan penemuan senjata tersebut di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan hadapi tekanan perasaan serta murung sejak tiga tahun lalu.

“Mangsa tinggal bersama adik lelaki berusia 35 tahun yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental.

“Bagaimanapun, ketika kejadian lelaki berkenaan tidak ada di rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah berkata, hasil siasatan pihak polis tidak menemui kesan pergelutan di tempat kejadian.

“Mangsa yang tidak mempunyai rekod masalah mental ,dadah serta jenayah itu dikejarkan ke Hospital Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kita masih menunggu laporan tahap kecederaan mangsa daripada doktor,” katanya – astro awani