Subscribe Now

Trending News

Lelaki Cuba Langgar Polis Ditahan
Nasional

Lelaki Cuba Langgar Polis Ditahan 

SUNGAI BULOH – ­Seorang anggota polis Unit Ronda Bermotosikal (URB) berpangkat lans koperal dari Balai Polis Kuang di sini cedera apabila motosikalnya dihimpit sebuah kereta Honda Civic dalam kejadian di Paya Jaras di sini pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 11.05 pagi itu, anggota tersebut, Lans Koperal Mohd. Hanif Marzuki, 31, bersama seorang lagi rakannya dari unit sama bertindak menahan kereta tersebut yang dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, sebaik diminta memberhentikan kenderaan itu, pemandunya bertindak menghim­pit dua buah motosikal dinaiki anggota polis tersebut menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikalnya sebelum sempat melepaskan satu das tembakan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S. Somu berkata, seorang lagi anggota URB tersebut bertindak mengejar kereta dinaiki suspek sehingga tiba di hadapan sebuah rumah di Jalan Paya Jaras Hilir. -Kosmo

Related posts