IPOH – Seorang pengawal keselamatan, Khirul Nizam Abdul Malek, 34, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas tuduhan melakukan persetubuhan dengan seorang budak perempuan, anak saudaranya yang berumur 6 tahun.

Khirul dituduh melakukan perbuatan itu yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang agama di sebuah rumah di Lambor Kiri, Bota diantara Januari dan Disember 2014  pada lebih kurang jam 1.30 petang hingga 5.30 petang.

Khirul yang dibela peguam Hafiz Jalaluddin menghadapi tuduhan itu mengikut seksyen 376 (B) (1) Kanun  Kesiksaan yang membawa hukuman 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Khirul juga menghadapi tuduhan kedua melakukan pesetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakarnya ke dalam mulut budak perempuan berkenaan di sebuah rumah di Lambor Kiri pada awal Mei 2014 antara jam 2.00 petang hingga 5.30 petang.

Dia menghadapi tuduhan itu mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 20 tahun dan sebatan jika disabitkan Kesalahan.

Khirul yang mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu telah dibenarkan diikat jamin oleh Hakim S. Indera Nehru sebanyak RM15,000 dengan dua orang penjamin yang terdiri daripada saudara terdekatnya sementara menunggu perbicaraan pada 14 Julai depan.

Hakim turut memberi amaran bahawa jaminan akan ditarik balik sekiranya didapati tertuduh didekati atau dipengaruhi oleh mana-mana keluarganya atau mengganggu pengadu atau pihak keluarga pengadu dalam kes ini.