Oleh:Nazialita Geynna Maharan

TAIPING: Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kerana memuat naik kenyataan yang mencemarkan nama baik dan intergriti pasukan polis berikutan kejadian kemalagan yang menyebabkan seorang pelajar maut dan tiga anggota polis cedera parah ketika bantuan menukar tayar di lorong kecemasan.

Saspek yang berasal dari Kelantan ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat dipercayai menggunakan profil nama Tengku Badaruddin telah memuat naik satu entri yang berbunyi:-

“Gu kejadian bru jah jadi sakni mari pakat2 doa ko abam P kito-berlaku ketiko nk hambak lori mitok duit ore awam kato p kito pon xpasti. Ore kato abam2 P kito lapa bidah lapar pitih gu kiro mati syahid ko lagu mano gu.sedekoh AL-FATIHAH GU brlaku terrrr. #hambaksapabuleh.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata kenyataan jelik itu dilemparkan oleh suspek yang menggunakan akaun Facebook “Tengku Badaruddin” terhadap PDRM pada 26 April lepas.

Katanya, kenyataan itu dibuat berkaitan kemalangan tragis di Kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur keluar tol Changkat Jering itu, seorang lelaki maut manakala dua anggota polis peronda cedera parah.

Jelasnya, dakwaan itu ternyata bercanggah dengan niat sebenar kenderaan polis peronda yang telah berhenti di lorong kecemasan di bahu jalan untuk membantu menukar tayar pancit mangsa sebelum dirempuh oleh sebuah lori.

“Hal ini dilaporkan oleh seorang pegawai kanan polis yang merupakan Pegawai Operasi Lebuh Raya, Zon Utara 3 yang menerima maklumat mengenai suspek yang memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial sekitar pukul 8.30 pagi.

“Statusnya itu bermaksud – ‘Kawan-kawan, kejadian baru sahaja berlaku tadi,sama-sama doakan abang polis kita-berlaku semasa nak kejar lori minta duit, orang awam bagitahu tapi kita pun tidak pasti. Orang cakap abang-abang polis kita lapar duit.kira mati syahid macam mana?.sedekah Al-fatihah kawan-kawan semua,. #kejarsampaidapat.” katanya.

Justeru, Mohamad Taib berkata kenyataan itu didapati berniat untuk memburukkan nama baik PDRM dan berunsurkan fitnah terhadap pegawai polis yang sebenarnya sedang menjalankan tugas membantu masyarakat.

“Insiden itu menyebabkan kematian kepada pemilik kereta yang sedang dibaiki dan 3 pegawai polis tersebut turut mengalami cedera parah.

“Justeru, pegawai operasi lebuhraya itu berpendapat bahawa pemilik akaun Facebook itu juga berniat tidak baik untuk mencemar dan menjatuhkan nama baik PDRM,”ujarnya lagi.

Pegawai tersebut telah melaporkan kes ini kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping untuk siasatan lanjut dijalankan, katanya.

“Buat masa ini, saspek akan direman sehingga 3 Mei di Pengkalan Chepa, Kelantan dan satu kertas siasatan di bawah Bahagia Jenayah Komersil Taiping akan dibuka, iaitu Seksyen 233 Akta Komunikasi Multi Media (AKMM),”ujarnya lagi.