KUALA LUMPUR : Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka dekat sini semalam.

Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemukan di bahagian tempat duduk pemandu sebuah kereta Proton Saga dengan keadaan enjin masih hidup dan berkunci oleh orang awam kira-kira pukul 6.25 petang.

Berikutan itu, orang awam yang berada di lokasi tersebut menghubungi pihak polis yang kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut.

Polis yang kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut mendapati tingkap cermin bahagian belakang sebelah kiri tidak ditutup rapat dan diselit dengan kain hitam.

Bukan itu sahaja, bahagian luar kereta mangsa turut terdapat getah paip ukuran 1.7 meter yang disyaki dimasukkan ke dalam lubang ekzos ke bahagian tingkap tersebut.

Polis juga mendapat terdapat dompet milik mangsa yang mengandungi lesen memandu, kad bank dan sedikit wang tunai serta sebuah telefon bimbit jenama Iphone 6S di dalam kenderaannya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan fizikal ditemukan di atas tubuh mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan hari ini bagi mengetahui punca kematian.

“Sementara ini, kes diklafikasikan sebagai SDR sementara menunggu keputusan punca kematian selepas bedah siasat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari