PARIT BUNTAR – Seorang lelaki ditemui mati tergantung oleh ahli keluarganya di bahagian hadapan sebuah kedai makan di Jalan Sempadan, di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia 54 tahun, berasal dari Kampung Permatang Tok Mahat difahamkan mengalami masalah mental dan ditemui tergantung lebih kurang jam 6.55 pagi oleh adiknya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, setibanya polis di lokasi kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung di bahagian hadapan sebuah kedai makan bangunan kayu dan tidak berdinding.

Menurutnya, polis menjumpa peralatan tali nylon diikat dari alang kedai setinggi sembilan kaki digunakan menggantung mangsa.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan mangsa dipercayai menggunakan kerusi untuk berdiri sebelum mengikat tali di alang kedai.

“Mangsa merupakan anak keempat dari lima beradik dan disahkan pesakit mental berdasarkan kad orang kurang upaya (OKU) dimilikinya,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Omar Bakhtiar berkata, berdasarkan keterangan saksi, mangsa difahamkan memang selalu berada di kedai makan itu dan berstatus bujang.

Menurutnya, mangsa juga difahamkan tidak bekerja dan sering bertandang ke kedai itu kerana terletak bertentangan bertentangan dengan rumahnya.

“Pihak keluarga tahu akan keadaan ini dan menerimanya sebagai takdir.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga,” katanya – sinar