KUALA LUMPUR : Polis hari ini berkata lelaki yang ditahan kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, semalam didapati mempunyai masalah mental.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata suspek mempunyai rekod perubatan berkaitan masalah kesihatan mental.

“Suspek sakit mental,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed berkata lelaki tersebut ditahan kerana memuat naik status menghina Agong di Facebook.

Beliau berkata polis kes itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan, iaitu kecenderungan menghasut serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tiga siasatan berhubung status Facebook menghina raja manakala kes ke-4 berhubung status yang dimuat naik pemilik akaun Twitter Fadiah Nadwa Fikiri @FadiahNadwa kerana mempunyai unsur hasutan.

Hamid berkata polis tidak akan menyekat kebebasan bersuara dan akan membenarkan perhimpunan awam selagi mereka mengikut undang-undang.

“Polis tidak berminat untuk menyekat kebebasan bersuara, tetapi kita juga perlu memikirkan keselamatan orang ramai, orang yang tidak terlibat atau tidak berminat,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya menggunakan hak mereka untuk menyatakan pendapat mereka dengan betul.

“Undang-undang tidak akan menyekat, tetapi memberi jaminan bagi mereka yang ingin bercakap dan mendengar (ceramah ini) (bahawa mereka) lakukan secara teratur.”

Tambahnya, masih terdapat “beberapa individu yang degil” dan mereka akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Beliau juga berkata NGO mesti memaklumkan polis supaya pegawai ditempatkan untuk memantau lalu lintas dan aliran pergerakan.

“Kami meminta mereka mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, kenapa mereka harus mengadakannya di pusat bandar?”