GERIK: Pasukan Bomba dan Penyelamat Gerik mempergiatkan usaha mencari seorang lelaki kurang siuman yang telah dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di Kampung Bongor, di sini.

Jurucakapnya berkata, kehilangan Fauzi Ismail, 40an telah dimaklumkan oleh penduduk kampung pada jam 8.36 pagi Selasa.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki berkenaan dipercayai telah hilang sejak tiga hari lepas dari kampungnya sekitar jam 3.30 petang.

“Kawasan pencarian diperluaskan dalam jarak 2 kilometer dan tapak kaki mangsa telah berjaya ditemui kawasan sekitar rumah mangsa,” katanya.

Tambah beliau operasi pencarian sedang giat dijalankan oleh 21 anggota yang terdiri daripada anggota bomba, polis, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).