ENGLAND. SHEFFIELD CITY – Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas memotong ibu jari kakinya dengan pemotong besi secara tiba-tiba.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut memakan ibu jari kakinya sendiri selepas melakukan tindakan panik itu dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi pada Ahad lalu.

Susulan kejadian itu, polis bergegas ke lokasi kejadian itu di sebuah kedai berhampiran bandar Sheffield selepas menerima mklumat daripada orang ramai.

Jurucakap Polis South Yorkshire berkata, sejurus tiba di lokasi terbabit, pihaknya mendapat mangsa berkenaan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dia digegaskan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Tindakan itu tidak dijangka oleh orang awam di kawasan terbabit dan kes tidak disiasat sebagai satu jenayah,” katanya.

Seorang saksi kejadian berkata, “Seorang lelaki telah memasuki kedai tersebut kemudian naik ke tingkat atas.

Ketika tiba di bahagian barangan elektrik, dia mengambil pemotong besi dan memotong ibu jari kakinya lalu memakannya,” katanya.

-Sinarharian