KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh persimpangan lampu isyarat di Jalan Cheras di sini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi Ahad.

“Penunggang motosikal itu bersama isterinya pada masa itu. Siasatan awal menunjukkan bahawa mangsa hilang kawalan ketika memasuki lorong di Taman Len Seng.

“Mangsa melanggar penghadang jalan sebelum merempuh lampu trafik dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi The Star.

Mangsa dikenal pasti sebagai Hasri Mohd Yusof yang berumur 50 tahun dan isterinya mengalami patah kaki pada kejadian itu.

Dipercayai bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Beranang selepas menyertai acara maraton di Dataran Merdeka.

Zulkefly menambah bahawa bedah siasat akan dijalankan untuk siasatan lanjut – mstar