GOPENG – Seorang lelaki maut selepas motosikal dinaiki bertembung sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Kemalangan yang berlaku antara motosikal dan kereta di persimpangan Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, mangsa, Chan Wai Hun, 27, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berpandukan siasatan awal, kita dapati motosikal yang ditunggangi mangsa datang dari arah Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

“Kemalangan berlaku setelah motosikal mangsa merempuh kereta yang memasuki simpang kanan lampu isyarat di persimpangan jalan berkenaan,” katanya.