Sungai Siput :Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas transit dan kereta di Jalan Karai di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, mangsa berusia 24 tahun yang memandu Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.31 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi kemalangan itu anggota bomba mendapati pemandu Produa Myvi tersepit di tempat duduk pemandu.

“Setibanya di lokasi didapati mangsa tidak dapat dikeluarkan manakala mangsa yang menaiki bas pula sedang diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

“Anggota telah mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan Hydraulic Power Unit dan menyerahkan mayat mangsa pada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi tersebut tamat pada jam 9.46 pagi tadi.