Subscribe Now

Trending News

Lelaki Maut, Van Rempuh Penghadang Konkrit
Nasional

Lelaki Maut, Van Rempuh Penghadang Konkrit 

KUCHING – Seorang lelaki maut selepas van yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh penghadang konkrit di Jalan Tun Jugah di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Tsong Boon Fui, 40, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu sebuah van komersial jenis Nissan Vanette dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke arah Jalan Pending dari Jalan Tugah di sini.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, van yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh penghadang konkrit di situ.

“Impak rempuhan kuat itu mengakibatkan bahagian depan van tersebut remuk, mangsa juga tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan kemudian membantu mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Alexson memberitahu, siasatan awal mendapati, tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut.

Katanya, mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk dibedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.  K! ONLINE

Related posts