SLIM RIVER: Seorang lelaki melecur di tangan dan kaki apabila van yang dinaiki bersama dua lagi rakannya terbakar di Kilometer 364.9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat sini, petang ini.

Dua lagi rakannya bagaimanapun terselamat dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.03 petang.

“Kebakaran melibatkan sebuah Nissan sedang terbakar 90 peratus dan didapati tiga mangsa lelaki, dua mangsa selamat manakala seorang lagi mengalami melecur 20 peratus di kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, anggota bomba menggunakan dua aliran hosreel untuk memadamkan kebakaran dengan teknik pemadaman secara ‘offensive’ dan ‘defensive’.

Operasi tamat pada 6.45 petang.