KUALA LUMPUR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung selepas rumahnya terbakar di Kampung Sungai Tengar daerah Sabak Bernam, Selangor, pagi ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata mayat mangsa berusia lingkungan 70-an itu ditemui di kawasan ruang tamu rumah berkenaan pada jam 7.46 pagi.

Beliau berkata anggotanya berjaya mengawal kebakaran yang mengakibatkan rumah itu musnah 100 peratus daripada merebak ke kawasan lain.

“Kerja mengemas dan membersihkan kawasan sekitar rumah itu sudah dijalankan.

“Seramai 12 anggota dan dua jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menangani isu berbangkit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini – berita harian