KAMPAR: Seorang lelaki terselamat apabila tergelincir jatuh ke dalam air terjun Lata Salom, Taman Eko Rimba, dekat sini dalam kejadian pada petang Syawal ketiga.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Pegawai Bomba Kanan II Shah Ridzuan berkata kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 11 pagi apabila mangsa berusia 25 tahun tergelincir ke dalam air terjun itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan sekitar 11.35 dan bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di sama kami mendapati mangsa yang tergelincir jatuh ke dalam
air telah diselamatkan oleh orang awam.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan anggota kami menggunakan pengusung untuk menurunkan mangsa,”katanya kepada pemberita.

Jelasnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.