Oleh:Nazialita Geynna Maharan

GERIK:
Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan yang dipandunya melanggar sebatang pokok sebelum hangus terbakar di Kampung Jong, di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar 11 pagi berkenaan, mangsa berusia 36 tahun itu berjaya menyelamatkan diri setelah kenderaannya hampir 90 peratus hangus dijilat api.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 11.23 dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, kami mendapati api sedang marak membakar hampir keseluruhan kereta dan lelaki berbangsa Cina tersebut terselamat,”katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gerik bertindak membuat pemadaman menggunakan dua aliran bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

Jelas beliau,operasi yang diketuai oleh Penguasa Bomba Zainal Abidin Ghani itu tamat sekitar 12.05 tengahari.