BIDOR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dipercayai lemas selepas tergelincir ke dalam sungai berdekat rumahnya di Kampung Simpang Tiga, Sungai Gedung dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa Nur Liya Zafirah Yusman Rizal ditemui terapung oleh orang kampung, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

 Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 11.35 pagi tadi dan mayat mangsa telah di jumpai lebih kurang jam 12.45 tengah hari.

 “Mangsa dijumpai oleh orang kampung ketika menyusur di tebing sungai tersebut,” katanya.

 Beliau memberitahu, sebelum itu operasi pencarian telah dilakukan oleh lima anggota polis dan enam aanggota bomba dengan bantuan 15 penduduk kampung.

 “Mangsa di bawa ke Bilik Mayat Hospital Tapah bagi tujuan bedah siasat,” ujarnya.