GOPENG– Penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki mereka merempuh bahagian belakang lori treler di Kilometer (Km) 294, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara pada Jumaat.

Menurut jurucakap bomba,lima mangsa mengalami kecederaan ringan,bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Gopeng menerima panggilan pada jam 1.10 pagi, sekumpulan anggota bergegas ke lokasi kejadian, BBP Tapah turut memberikan bantuan.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang melanggar belakang sebuah lori treler, didapati lima mangsa mengalami kecederaan, 11 penumpang lain termasuk pemandu bas selamat,”katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya lagi, mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital dengan bantuan bomba dan pasukan perubatan Gopeng, operasi tamat pada jam 1.47 pagi.