KUALA KANGSAR:
Lima kenderaan yang diletakkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Kangsar musnah dalam kebakaran pada awal pagi Selasa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Pegawai Bomba Kanan II Aziz Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 2.36 pagi.

“Kebakaran itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu tiga milik JPJ dan dua merupakan kenderaan awam di kawasan parkir pejabat JPJ Kuala Kangsar dan buat masa ini operasi pemadaman masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Punca kejadian masih dalam siasatan.