SUNGAI SIPUT : Lima termasuk seorang bayi maut, manakala seorang lagi parah dalam nahas membabitkan sebuah kereta dengan sebuah treler berdekatan Kampung Salak Stesen, di sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, panggilan kecemasan diterima jam 10.26 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dikerahkan ke lokasi.

Katanya, nahas itu menyebabkan enam mangsa tersepit dalam Proton Saga.