IPOH: Lion Club International telah menyumbang lima botol Effervercent Chlorine Disinfectant Tablet dan 100 helai pakaian perlindungan diri (PPE) dalam usaha membantu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menangani penularan wabak COVID-19 di bandaraya ini.

Sumbangan diterima Pengarah Kanan Perkhidmatan dan Operasi MBI, Musa Dun daripada wakil Lion Club, Lim Kok Peng.

Menurut Musa, barang-barang tajaan tersebut akan dapat membantu pihak MBI dalam operasi untuk membasmi penularan jangkitan virus Covid-19.

Beliau juga berharap agar lebih banyak pihak swasta dan NGO tampil membantu bagi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih dan terhindar dari wabak Covid-19.