IPOH: Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) akan terus mempromosikan Little India sebagai satu produk pelancongan di bandar raya Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuk penganjuran ekspo menjelang perayaan kaum India penjagaan kebersihan dan menambah pencahayaan di kawasan tersebut.

92fa3aee-518d-499a-ab4b-74e33e32a1b0Bagaimanapun, kata beliau, pihak swasta seperti pekedai, penganjur dan peniaga ekspo juga mesti sama-sama membantu mempromosikan kawasan tersebut.

“Mereka juga mesti bersama-sama membantu, misalnya menambah pencahayaan di kawasan itu kerana MBI memeriahkan sambutan Deepavali di semua kawasan pentadbiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan khas sempena Deepavali 2017 di Dewan Bandaran di sini pada Khamis.

Hadir sama Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, ahli-ahli majlis MBI, ketua-ketua jabatan, ahli Majlis Masyarakat Sivil (MMS) dan ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP).

Datuk Bandar berkata, majlis itu antara lain bertujuan merapatkan hubungan antara warga MBI, ahli majlis, MMS dan JPP agar dapat bersama-sama untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat setempat.

dfc7f54c-31e9-450d-9c55-7a16408ee534Sementara itu, di dalam ucapannya, beliau berkata, antara kekuatan MBI sehingga mencapai pelbagai kejayaan ialah demangat berpasukan dan hormat menghormati antara warganya.

“Misalnya ketika rakan-rakan kita bercuti menyambut Deepavali, kita bantu tugas mereka supaya tidak tertangguh kerana warga Ipoh mahukan perkhidmatan daripada kita,” ujarnya.

Pada majlis itu, Zamri turut menyampaikan sumbangan hamper kepada warga MBI, ahli majlis, MMS, JPP dan pihak media.