LIVERPOOL melangkah setapak lagi untuk mara ke saingan akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Roma dengan 5-2.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Anfield, Liverpool di England, awal pagi Rabu, Mohamed Salah membuat gol pembukaan pada minit ke-35.

Hanya berselang 10 minit, Salah sekali lagi menjaringkan gol kedua buat Liverpool.

Kelab di bawah pengurus Jurgen Klopp itu terus mencatatkan mata menerusi aksi Sadio Mane pada minit ke-56.

Dua gol lagi terus diasak rakan sepasukan, Roberto Firmino pada minit ke-61 dan 69′.

Liverpool menjaringkan lima gol dalam masa 33 minit.

Bagaimanapun hanya berbaki sembilan minit, pemain lawan, Edin Dzeko menjaringkan gol pertama.

Ia disusuli gol penalti Diego Perotti sebelum permainan tamat. – Eurosport