KUALA LUMPUR: Pemandu dan kelindan sebuah lori kargo bernasib baik apabila hanya cedera ringan di kepala serta muka apabila lori mereka naiki jatuh hampir 20 meter ke Sungai Kerayong di Jalan Lima, Chan Sow Lin, di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata ketika kemalangan jam 10 pagi, lori itu terbabas ke kanan ketika melalui jambatan itu.

“Pemandu hanya cedera ringan walaupun lori jatuh terlungkup. Ketika kejadian air sungai cetek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zulkefly berkata, pemandu serta kelindan lori kargo berkenaan sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.

Katanya, polis masih menyiasat di tempat kejadian – berita harian