YAN – Sebanyak lapan buah kenderaan dan sebuah kedai makan rosak selepas dirempuh sebuah lori dalam satu kemalangan di simpang empat lampu isyarat Guar Chempedak, dekat sini, pagi tadi.

Difahamkan kejadiaan berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila sebuah lori yang datang dari arah Jalan Jenun, Guar Chempedak, dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh belakang sebuah kereta jenis Proton Wira yang sedang berhenti di lampu isyarat dan beberapa buah kenderaan lain yang dipakir di tepi jalan sebelum merempuh pintu sebuah kedai yang berada di kiri jalan raya.

image (3)

image (2)

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadiaan terbabit.