GOPENG-Kemeriahan ambang sambutan Tahun Baru Cina diteruskan dengan penganjuran adat Lou Sang yang berlangsung di Gopeng Square hari ini.

Kehadiran masyarakat berbilang bangsa di karnival Parlimen Gopeng itu turut menggambarkan keharmonian seperti mana amalan Lou Sang setiap kali perayaan Tahun Baru Cina.

Yang turut sama, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dan Ketua MCA Bahagian Gopeng, Datuk Albert Chang.

f28c6a06-8324-4a08-900f-1d6cc6f98f8c

Lou Sang merupakan sejenis salad ikan mentah kebiasaannya salmon dan dicampur dengan hirisan sayur-sayuran dan beraneka sos serta perasa.

Simboliknya, Lou Sang melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Dalam pada itu menurut Heng, budaya itu telah diangkat di peringkat antarabangsa dan menjadi acara penting dalam meraikan Tahun Baru Cina di seluruh dunia.

Selain itu, para hadirin dihiburkan dengan tarian tradisional warisan masyarakat Cina iaitu Tarian Singa, selain pemberian limau sebagai simbolik kepada kekayaan dan rezeki melimpah ruah.