KUALA LUMPUR : Komuniti Tamil pelbagai negara mengadakan satu demonstrasi di Kedutaan Malaysia di London, semalam, bagi membantah penangkapan 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan bersenjata Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mereka menyalakan lilin bagi mendesak pembebasan individu ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) itu.

Mereka turut membawa plakad yang mendakwa tangkapan oleh polis Malaysia tidak berasas dan bertentangan dengan undang-undang.

“Tindakan kerajaan Malaysia masih mengiktiraf bahawa LTTE ancaman kepada Malaysia adalah tidak benar.

“Kerajaan Sri Lanka sendiri mengakui bahawa LTTE tidak aktif sejak 2009. Maka, tindakan pihak polis Malaysia sangat melucukan,” kata seorang pesertanya Prasanth Baskaran kepada┬áMalaysiakini.

Prasant berkata mereka bukan sahaja menentang penangkapan terhadap individu ditahan sahaja tetapi semua pelanggaran hak asasi manusia, termasuk yang melibatkan penganut agama Islam.

“Malah, kami menentang keras segala tindakan melanggar hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk terhadap masyarakat Muslim,” tambahnya.

Wakil rakyat DAP, termasuk yang berstatus exco negeri, antara pihak yang ditahan.