LUMUT: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta ahli parti komponen melupakan perbalahan sesama sendiri dan memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam masa sama, beliau mahu semua parti komponen BN supaya bersatu dan bekerjasama untuk menghadapi parti lawan.

Beliau yakin, sekiranya semua perkara itu dapat dilakukan, BN akan mencapai kemenangan pada PRU14.

“Kalau semua parti komponen mencari pengundi dan penyokong kita, kita akan menang,” katanya ketika berucap dalam perjumpaan dengan petugas PDM Sitiawan di Dewan Serbaguna Setiawan dekat sini, hari ini.

90b319d0-e91b-4397-983a-41fcf4d81a7cHadir sama Pengerusi MIC Perak, Datuk V. Elango dan ketua-ketua cawangan parti komponen BN.

Dr Zambry berkata, ahli parti-parti komponen juga perlu ada keyakinan terhadap BN dan jangan sekali-kali percaya dengan pembangkang kononnya BN akan kalah.

“Macam pilihan raya umum lalu, semua orang kata BN akan kalah sebab pembangkang kata ‘ini kalilah’.

“Kawan-kawan pun lari tetapi saya beritahu mereka bahawa saya yakin BN akan menang kerana kita kerja kuat dan juga berdoa,” ujarnya.rnya.