Kepala Batas: Lebih 500,000 cakera padat (CD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak termasuk lucah yang dirampas polis dimusnahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini, hari ini.

Majlis yang disempurnakan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye itu turut melupuskan peralatan yang digunakan bagi menghasilkan CD dan DVD berkenaan.

Beliau berkata, kesemua barangan berkenaan adalah hasil rampasan pihaknya sepanjang 2013 hingga 2016.

Katanya, nilai pasaran kesemua barangan rampasan inidianggarkan mencecah jutaan ringgit.

“Sasaran utama operasi pihaknya adalah peniaga di tepi jalan, pasar malam, pasar awak dan kedai.

“Sejumlah 510 operasi dijalankan sepanjang tiga tahun lalu dengan melibatkan 426 tangkapan,” katanya.

-myMetro