KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini membenarkan kerajaan Malaysia menyita lebih RM48 juta daripada akaun bank bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Aaron Chelliah, selepas dimaklumkan tiada pihak ketiga tampil untuk menuntut aset berkenaan.

Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Larry untuk hadir pada prosiding hari ini, namun dia tidak hadir ke mahkamah.

Pada 19 April, mahkamah mengeluarkan notis supaya pihak ketiga atau yang berkepentingan dalam akaun bank milik Larry yang dibekukan supaya tampil mengemukakan tuntutan.

Pada 29 Mac lalu kerajaan selaku pemohon memfailkan notis usul dan afidavit lucut hak ke atas tujuh akaun bank milik Larry dikatakan bernilai RM48 juta.

Berdasarkan peruntukan itu mahkamah akan memanggil pihak ketiga atau yang berkepentingan terhadap wang dalam akaun milik responden untuk hadir ke mahkamah.

Pendakwaan memfailkan permohonan untuk melucut hak harta itu dengan alasan baki wang akaum itu berpunca daripada perolehan salah melalui syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

-SINARHARIAN