IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu negeri Perak (MAIPk) bebas daripada sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Muhamed menegaskan, setakat ini tiada kes salah guna kuasa yang membabitkan pegawai MAIPk.

“Sepanjang pengetahuan saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, tiada siasatan dilakukan terhadap semua pegawai atasan dan bawahan.

49fe2160-608b-4176-95d0-7ac961220c3b

“Di MAIPk, kita sudah ada kawalan dalaman, seperti mewujudkan Pegawai Integriti dan sudah ada prosedur bagi memastikan ketelusan dan tidak berlakunya salah guna kuasa, ” katanya kepada pemberita di Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Kepimpinan MAPIk di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam, Ipoh pada Jumaat.

Hadir sama menyaksikan ikrar ialah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Nooraziah Abdul Manaf.

Dalam soal kawalan dalaman MAIPk, Amiruddin memberi contoh, pihaknya mematuhi semua prosedur Kerajaan dari segi sebut harga, khususnya yang berkaitan peruntukan bagi projek pembangunan masyarakat yang bersumberkan wang zakat.

50c5771e-f13c-4793-ad48-b78a612ece6a

“Dalam soal sebut harga ini, kita akan pastikan tiada berlakunya masalah kepentingan (conflict of interest) di antara pembuka peti tender dengan orang yang menilai tender, “ujarnya.

Sementara itu Nooraziah berkata, pelaksanaan Majlis IBR itu selaras dengan komitmen dan pelaksanaan pelan strategik MAIPk 2016-2021.