IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menerima RM2.6 juta zakat perniagaan daripada empat pembayar pada Khamis.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat itu sempena Majlis Pengurniaan Watikah Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak di sini.

eec9f12b-c7e7-4780-af97-3478c68a5264a85c9205-3032-438f-afeb-3baf430f051dEmpat pembayar itu ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Edgenta Mediserve Sdn. Bhd., RISDA dan GITN Sdn. Bhd.

Sultan Nazrin turut berkenan menganugerahkan tauliah pelantikan kepada 22 Ahli Majlis MAIPk, sembilan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, lima hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan lima hakim Mahkamah Rendah Syariah.

Baginda kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama pembangunan dana wakaf MAIPk dengan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIDIM).

Usahasama itu melibatkan enam buah bank ahli persatuan iaitu Affin Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Berhad, RHB Islamic Bank Berhad dan Maybank Islamic Berhad.

b9634b75-1c04-48b8-8662-003d8d20c2f7

Melalui usahasama itu, bank-bank berkenaan akan menyediakan platform untuk mengutip dana wakaf daripada penyumbang melalui saluran sedia ada dan dana yang terkumpul akan diagihkan kepada projek-projek yang menjurus kepada sektor kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan ekonomi.

Bank-bank berkenaan akan membantu pihak MAIPk menjalankan pemasaran dan pelaporan balik projek bahi membina keyakinan penyumbang-penyumbang dana wakaf.