IPOH: Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Dataran Bandaraya di sini pada Khamis mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan warga MBI, malah warga Ipoh.

Walaupun majlis secara rasminya bermula jam 2.30 petang, Dataran Bandaraya telah dipenuhi warga Ipoh sejak jam 2 petang.

Turut memeriahkan lagi sambutan ialah isteri Menteri Besar, Datin Saripah Zulkilfi, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid  dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan.

Kehadiran mereka disambut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, ketua whip, Datuk Mohd Raduan Kasim dan Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria.

Pelbagai juadah disediakan oleh setiap jabatan di MBI yang turut mempertandingan gerai terbaik di samping persembahan hiburan daripada artis jemputan dan buskers.