SELAMA – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan mula bermesyuarat secara rasmi sebaik menerima tarikh daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Menteri Kerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, secara asasnya kabinet yang bermesyuarat Rabu lalu telah mempersetujui dengan cadangan struktur majlis tersebut. 

 

Menurut beliau,  mesyuarat yang dianggotai oleh menteri, badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik itu nanti akan membincangkan secara terperinci mengenai majlis tindakan berkenaan terhadap lima kluster yang telah dipilih.

 

“Kesemua kluster itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian terlibat bersama NGO terpilih.

 

“Daripada situ kemudiannya ia akan dibawa ke peringkat lebih tinggi iaitu majlis itu sendiri untuk dibincangkan mengikut segala pengkhususan atau maklumat yang diberi oleh setiap kluster,” kata beliau.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jualan Murah Jom Serbu di Dataran AMANJAYA Kubuh Gajah, dekat sini pada Sabtu.

 

Kluster tersebut ialah pendidikan, pengnakutan, utiliti, makanan dan minumam serta perumahan