IPOH: Jambatan Sultan Yusuf di Teluk Intan akan dibuka hanya kepada kenderaan ringan sahaja bermula 28 Ogos (Isnin) jam 5 pagi.

Menurut kenyataan pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, jambatan masih ditutup kepada semua kenderaan berat melebihi dua ton sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja penyenggaraan kompenen jambatan masih lagi diteruskan oleh pihak kontraktor.

Papan tanda jalan alternatif akan diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felda Changkat Lada (A266).

Pengguna diminta mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yg disediakan di jalan-jalan yang terlibat.