PUTRAJAYA: Malaysia membantah keras keputusan Australia mengiktiraf Baitulmaqdis barat sebagai ibu negara Israel.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Malaysia yakin bahawa pengumuman itu dibuat sebelum penyelesaian dua negara (two-State solution) selain dilihat sebagai satu tindakan pra matang dan menghina rakyat Palestin.

Menurutnya, Malaysia mengulangi pendirian bahawa pentingnya penyelesaian dua negara, di mana rakyat Palestin dan Israel hidup berdampingan berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin dilihat satu-satunya penyelesaian terbaik untuk konflik Palestin-Israel.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan kongsi untuk mencari penyelesaian yang adil, komprehensif dan terbaik kepada konflik dua negara itu,” katanya – berita harian