IPOH: Malaysia berharap mencapai jumlah dagangan sebanyak RM1.5 trilion tahun ini, hasil kegiatan perdagangan menerusi pasaran baharu dengan lima buah negara luar.

Menurut  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, negara-negara baharu itu ialah Iran, Pakistan, India, Bangladesh danTurkey.

“Sebelum ini kita beroleh dagangan berjumlah RM1.46 trilion menerusi perdagangan dengan negara-negara ASEAN, Jepun dan Australia,’’ katanya kepada pemberita semasa mengadakan rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina di kediamannya di Taman Gunung View, Ipoh pada Sabtu.

Ka Chuan berkata, Malaysia mengorak langkah mencari pasaran baharu dengan negara-negara berkenaan kerana mereka mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan barangan negara mempunyai pasaran besar di sana.

“Menurut beliau, Malaysia juga sedang mengadakan rundingan dengan negara Eropah dimana terdapat 28 negara di mana mereka bergabung sebagai  satu pakatan.

“Jadi kalau kita dapat menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan mereka maka barangan kita akan masuk ke dalam pasaran  28 negara ini yang mempunyai penduduk berjumlah 500 juta,’’ katanya.