BAGAN DATUK 6 Mei – Jentera kempen Barisan Nasional (BN) harus memanfaatkan baki 48 jam tempoh masa berkempen bagi memastikan rakyat memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Hamidi berkata, ia termasuklah mengadakan kempen dalam kumpulan kecil, kempen secara bersemuka, kempen melalui media konvensional dan media sosial bagi memaksi-mumkan penyampaian kepada rakyat.

Menurut Ahmad Zahid, BN sudah meletakkan segala usaha dalam semua media dan saluran komunikasi kerana dalam tempoh 48 jam apa sahaja boleh berlaku baik di pihak pembangkang mahupun BN.

Katanya, serangan mengejut saat akhir pasti akan dilakukan pembangkang, saya sudah dapat menghidu baunya dan kami tahu ada sesuatu sedang disembunyikan

“Saya ingin mengingatkan semua media baik konvensional mahupun media sosial dan online bahawa pihak pem-bangkang sedang menyediakan sesuatu untuk serangan saat akhir.

“Tunggu tindakan diambil oleh pihak berkuasa baik oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) ma-hupun PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program myPPP Bagan Datuk bersama masyara-kat India di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini hari ini.

Yang turut hadir calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya. – UTUSAN ONLINE