IPOH: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di seluruh negeri Perak berkurangan kepada 404 orang daripada 134 keluarga pada jam 4.30 petang Selasa, berbanding 437 daripada 139 keluarga pada jam 12 tengahari.

Dua pusat pemindahan di Daerah Larut Matang dan Selama ditutup iaitu di Surau Padang Serai Dalam dan Dewan Orang Ramai Sungai Tinggi.

Berikut adalah laporan bencana banjir di sekitar negeri Perak sehingga jam 4.30 petang Selasa yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak.

Daerah Hilir Perak

1) Pusat pemindahan: Sek Keb Pengkalan Ara
Keluarga: 12
Mangsa: 32

Daerah Larut Matang & Selama

2) Pusat pemindahan: Surau Kg. Jawa, Trong
Keluarga: 13
Mangsa: 43

3) Pusat Pemindahan: Dewan Kg. Matang Merbau, Trong
Keluarga: 10
Mangsa: 31

4) Pusat Pemindahan: SK Batu Hampar
Keluarga: 5
Mangsa: 16

Daerah Manjung

5) Pusat Pemindahan: Sekolah Agama Rakyat Kg Padang Serai
Keluarga: 47
Mangsa: 162

6) Pusat Pemindahan: Dewan Orang Ramai Inderawati, Beruas.
Keluarga: 42
Mangsa: 102

Daerah Kinta

7) Pusat Pemindahan : D.O.R Kg Piandang Seputeh, Bt Gajah
Keluarga: 1
Mangsa: 8

Daerah Perak Tengah

8) Pusat Pemindahan : Surau Kg. Talang
Keluarga: 2
Mangsa: 4

9)Daerah K.Kangsar

Pusat Pemindahan: Surau Al Karimiah Talang Hulu
Keluarga:2
Mangsa:4