IPOH: Mangsa banjir di Perak terus meningkat kepada 437 orang pada 12 tengahari Selasa, berbanding 334 orang pagi tadi.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, sebanya 11 pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh negeri bagi menempatkan 139 keluarga.

Berikut adalah laporan terkini bencana banjir di sekitar ngeri Perak pada 24 Jan 2017 (Selasa) jam 12 tengahari.

Daerah Kinta

1) Pusat pemindahan: Dewan Orang Ramai Kampung Piandang
Keluarga: 1
Mangsa: 8

*Daerah: Larut, Matang dan Selama*

1) Pusat pemindahan: SK Batu Hampar
Keluarga: 13
Mangsa: 41

2) Pusat pemindahan: DOR Matang Merbau
Keluarga: 9
Mangsa: 29

3) Pusat pemindahan: Surau Kg Jawa, Trong
Keluarga: 15
Mangsa: 50

4) Pusat Pemindahan: Surau Padang Serai Dalam
Keluarga: 3
Mangsa: 7

5) Pusat Pemindahan: DOR Kelubung Sg Tinggi
Keluarga: 2
Mangsa: 14

Daerah Hilir Perak

1) Pusat pemindahan: SK Pengkalan Ara
Keluarga: 12
Mangsa: 32

Daerah Kuala Kangsar

1) Pusat pemindahan: Surau Al Karimiah Talang Hulu
Keluarga: 2
Mangsa: 6

Daerah Perak Tengah

1) Pusat pemindahan: Surau Kg Talang, Belanja Kiri, Parit
Keluarga: 2
Mangsa: 4

Daerah Manjung

1) Pusat Pemindahan: DOR Inderawati, Beruas
Keluarga: 49
Mangsa: 119

2) Pusat Pemindahan: SAR Padang Serai
Keluarga: 31
Mangsa: 127