IPOH – Bilangan mangsa banjir di negeri ini kekal dengan 177 mangsa dari 50 keluarga di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam dua daerah sehingga pukul 4 petang hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata dua daripada PPS itu terletak di daerah Kerian manakala satu di Perak Tengah.

“Seramai 74 mangsa dari 16 buah keluarga masih berteduh di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak dan 87 mangsa melibatkan 30 keluarga berlindung di PPS Sekolah Alor Pongsu di daerah Kerian.

“Di daerah Perak Tengah, PPS Surau Nurul Jannah Parit 6, Layang-Layang Kiri, Parit masih menempatkan 4 keluarga dan 16 orang mangsa,” ujar beliau ketika dihubungi Suara Perak.

1/3