IPOH: Mangsa banjir di negeri Perak terus meningkat sehingga ke 588 orang setakat pukul 10 pagi Khamis ini.

Ianya melibatkan 9 pusat pemindahan sementara di sekitar lima daerah yang terjejas dan melibatkan 184 keluarga secara keseluruhan.

Berikut merupakan statistik terkini banjir di negeri ini:

*DAERAH HILIR PERAK*
1) Pusat pemindahan : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara
Keluarga : 10
Mangsa : 31

*DAERAH LARUT MATANG & SELAMA*
2) Pusat pemindahan : DOR Kampung Padang Serai Dalam
Keluarga : 9
Mangsa : 41

3) Pusat Pemindahan : Dewan Kg Matang Merbau Trong
Keluarga : 7
Mangsa : 24

*DAERAH MANJUNG*
4) Pusat pemindahan : Dewan Inderawati, Beruas
Keluarga : 67
Mangsa : 180

5) Pusat pemindahan : Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai
Keluarga : 57
Mangsa : 203

*DAERAH PERAK TENGAH*
6) Pusat Pemindahan : Surau Nurul Jannah, Parit 6
Keluarga : 2
Mangsa : 10

7) Pusat Pemindahan : Surau Kg Talang Teluk Belanja
Keluarga : 2
mangsa : 4

*DAERAH KINTA*
8) Dewan Sikh Tanjung Tualang
Keluarga : 22
Mangsa : 76

9) DOR Tanjung Tualang
Keluarga : 8
Mangsa : 19