AYER TAWAR: Manifesto Pakatan Harapan (Pakatan) yang dilancarkan malam tadi tidak mempunyai perkara baru, sebaliknya meneruskan apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan manifesto itu umpama gula-gula pilihanraya yang akan diberi pelbagai alasan jika tidak mampu dilaksanakan.

“Tapi, kalau gula terlampau banyak orang tak suka juga… berhati-hati lah buat manifesto,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kenduri rakyat di masjid Kg Teluk, dekat sini, pada Jumaat.

982a6353-f7c1-4d79-a8d3-2512b52bea78

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim dan Pegawai Daerah Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Dr Zambry berkata, manifesto itu

hanya seperti ‘penambahbaikan’ terhadap usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut beliau, telah menjadi kebiasaan pembangkang akan membentangkan manifesto, khusus bagi tujuan menarik perhatian rakyat.

“Apa yang paling penting, rakyat harus tahu, soal sama ada mereka ingin laksanakan atau tidak adalah perkara kedua dengan pelbagai alasan nanti,” ujarnya.

Beliau memberi contoh, selama ini pembangkang beria-ria mahu menghapuskan BR1M dan menganggapnya dedak tetapi mengikut manifesto pula, mereka mahu melaksananya mengikut pendekatan lain.