IPOH: Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang diumumkan hari ini bukanlah gula-gula tetapi ia adalah misi dan visi untuk membangunkan negeri Perak.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, manifesto itu yang bertemakan Demi Kemakmuran Dan Kesejahteraan, berbeza dengan manifesto pembangkang yang disifatkannya hanya gula-gula.

Menurut beliau, lebih 70 peratus manifesto itu adalah perkara baru, di samping kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan.

“Kita bukan tabur janji yang kita tidak boleh penuhi tetapi kita berjanji berdasarkan kepada pengalaman kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto itu di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Manifesto BN Perak dengan tujuh tekad dan tujuh keutamaan untuk membangunkan negeri Perak, yang meliputi seluruh lapisan mas

Dr Zambry berkata, BN akan bekerja sehingga hari mengundi 9 Mei, untuk memaparkan kecemerlangan yang dilaksanakan kerajaan.

Bagaimanapun, beliau yakin, kehadiran hampir 10,000 yang diluar jangkaan, menunjukkan semangat yang begitu tinggi di kalangan BN untuk kecemerlangan lebih baik, berbanding pilihan raya 2013.

Terdahulu di dalam ucapannya, Dr Zambry berkata, banyak antara manifesto pembangkang hanyalah penambahbaikan daripada manifesto BN yang terdahulu.

Beliau memberi contoh bantuan untuk anak yang baru lahir, pembangkang hanya menaikkan RM50 daripada manifesto BN iaitu RM200.

“Mereka hanya tabur janji dulu, hentam sahaja, lepas tu belakang kira,” ujarnya.

1/8