IPOH: Manifesto Barisan Nasional (BN) Perak yang dilancarkan hari ini menggariskan tujuh tekad dengan keutamaan diberikan kepada tujuh golongan rakyat.

Pelancaran manifesto itu dibuat Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melancarkan manifesto di hadapan hampir 10,000 pemimpin dan ahli parti komponen BN di Kediaman Rasmi Menteri Besar, pagi tadi.

Tujuh tekad itu ialah:-

1. Mengukuhkan ekonomi negeri dan meningkatkan pelaburan.

2. Meringankan kos sara hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan.

3. Perumahan.

4. Mengupayakan modal insan dengan menjamin peluang pendidikan.

5. Menjamin kesejahteraan, keselamatan dan keamanan.

6. Kelestarian dan pembangunan mapan.

7. Perak sebagai destinasi antarabangsa.

Dr Zambry di dalam ucapannya berkata, dengan kehadiran yang begitu ramai, beliau yakin BN akan terus menerajui negeri Perak.

Menurut beliau, pembangkang, khususnya pemimpin DAP, tidak senang dengan tiga usaha yang dilakukan kerajaan iaitu:-

1. Mengembangkan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri di mana rizab negeri berjaya ditingkatkan dari hanya RM600 juta kepada RM1 bilion. Mereka marah dan memanipulasi fakta kononnya Perak negeri kedua termiskin.

2. Kononnya program permukiman yang dilaksanakan kerajaan BN hanya hendak mencari populariti.

3. Menteri Besar dan exco, ADUN dan pegawai kerajaan turun padang kutip sampah.

Dr Zambry turut mengumumkan tujuh kumpulan sasaran yang menjadi tumpuan kerajaan BN dengan pelbagai perancangan, iaitu:-

1. Wanita

2. Anak muda Perak.

3. Orang kita (Orang Asli).

4. Orang kelainan upaya (OKU).

5. Orang taman (penduduk taman-taman perumahan).

6. Orang kampung.

7. Warga emas.

BERITA BERKENAAN : BN Perak Tambah Calon Wanita