LUMUT – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pe­rak akan membina ladang ternakan ayam secara tertutup di Kampung Tengah, Manjung di sini, bagi menampung keperluan dan permintaan pasaran di kawasan utara.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Maz­lan Aliman berkata, ladang ternakan yang berkeluasan 400 ekar atau 161.8 hektar dijangka beroperasi pada hujung tahun ini.

“Walaupun keluasannya 400 ekar tetapi kita tidak gunakan sepenuhnya kerana satu ekar hanya dua reban sudah memadai.

“Pada fasa pertama, kita mu­la dengan 125,000 ekor anak ayam dan hanya perlukan lima buah reban sahaja,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cold Truck PPK di Dataran Arena Peladang, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Peladang Perak, Nazri Ismail dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Moha­mad Fariz Mohamad Hanip.

Menurut Mazlan, buat masa sekarang bekalan terhadap ke­perluan ayam masih kurang.

Katanya, walaupun sektor swasta membuat banyak pe­ngeluaran tetapi PPK masih kekurangan untuk menampung bekalan ayam khusus­nya bagi pengguna Islam – utusan online