IPOH: Bandar Maritim Manjung telah dipilih sebagai lokasi pertama bagi projek My Beautiful New Home, satu lagi inisiatif kerajaan bagi menyediakan kemudahan perumahan bagi golongan B40 yang diumunkan dibawah Bajet 2017.

bakal dibangunkan sebagai lokasi utama bagi pembangunan My Beautiful New Home bagi negeri Perak yang telah terpilih sebagai negeri pertama perlaksanaan inisiatif tersebut.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri Perak amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih Manjung, Perak sebagai lokasi pertama perlaksanaan projek itu.

Katanya, majlis pecah tanah bagi projek itu akan disempurnakan Perdana Menteri tidak lama lagi akan menyaksikan gologan B40 yang mewakili 40 peratus daripada penduduk negara ini mempunyai peluang untuk memiliki rumah sendiri.

“Kementerian Kewangan telah mengadakan perbincangan bersama dengan kerajaan negeri dan kita akan melaksanakannya dalam tempoh terdekat setelah lokasi di kenalpasti.

“Di pihak kerajaan negeri, kita mengambil tanggungjawab menyediakan tapak tanah, manakala sumber kewangan daripada kerajaan persekutua,,”katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Green For Ipoh di Kong Heng Square, di sini pada petang Ahad.

Dr Zambry berkata demikian semasa mengulas mengenai pemilihan Perak sebagai lokasi pertama Projek Perumahan Rakyat, Rumah Transit Belia dan terbaharu MyBeautiful New Home (MyBN) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan penggulungan perbahasan usul pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada malam Sabtu.
Sementara itu, Dr Zambry turut menyentuh mengenai inisiatif dalam menghijaukan persekitaran Bandaraya Ipoh di sekitar negeri ini yang memerlukan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak.

Tegasnya, tugas itu tidak seharusnya digalas oleh pihak Kerajaan semata sebaliknya melibatkan badan bukan Kerajaan (NGO) juga orang awam.

Tambah beliau, “Program “Green for Ipoh” merupakan contoh yang baik apabila ianya melibatkan usaha daripada pihak bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu menghijaukan Ipoh dengan menghidupkan satu langkah yang unik bagi Bandaraya ini.

“Saya yakin,hubungan yang baik bersama semua komuniti lain merupakan pemangkin utama untuk menjayakannya.

 

“Kita perlu menggalakkan penglibatan semua pihak untuk ambil peranan aktif contoh dalam Dasar Hijau yang diketengahkan sekian lama. Malah sehingga kini keperluan meningkatkan tahap kebersihan yang menjadi polisi kerajaan melibatkan kerjasama semua pihak,” katanya.

“Green for Ipoh” merupakan program yang dianjurkan oleh pelajar Komunikasi Quest International University Perak (QUIP) dan kerjasama Ipoh Old Town (Kong Heng Square) serta sokongan daripada Tourism Malaysia Perak.

Program ini berlangsung sepanjang empat minggu bermula pada 27 November sehingga 18 Disember yang berperanan memberi pendedahan dan kesederan kepada umum mengenai kepentingan menjaga alam.