IPOH: MARA Digital @ Ipoh, yang ketiga selepas di Kuala Lumpur dan Shah Alam, akan dilancarkan Khamis ini, sebagai satu lagi pilihan untuk warga Ipoh dan kawasan sekitarnya.

1b437c46-f941-46c1-bae3-822d7d050a35Pengarah MARA Negeri Perak, Yahaya Sani berkata, pelancaran pusat ICT itu yang terletak di Bazar MARA, Medan Jaya, berhampiran Medan Kidd, akan disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, sebanyak 20 lot yang berkonsep stor dan kiosk telah dibuka dengan pengendali utama, sebuah syarikat tempatan, Ipoh Digital IT Store Sdn Bhd, di samping lima premis menjual makanan.

“MARA Digital @ Ipoh akan menjual pelbagai produk IT seperti telefon bimbit dan komputef riba di samping menawarkan perkhidmatan baik pulih dan jualan aksesori,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan majlis perasmian di sini pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Ipoh Digital IT Store Sdn Bhd, Mimi Azura Rosli.

d81956b2-778e-4e94-8047-b602b071de6e

Sempena majlis pelancaran itu, pelbagai promosi menarik ditawarkan seperti pelindung skrin percuma untuk semua jenis telefon bimbit dan jualan harga runtuh untuk aksesorinya.

Di samping itu, phak pengendali turut mengadakan ekspo IT di tempat tersebut pada 12 – 15 Oktober, yang menawarkan pelbagai promosi seperti jualan kain ela secara pukal, kursus, jualan dan pameran hot wheel dan pertandingan permainan PS4.

5c09c310-36fc-475c-ae2b-3d022ba1495a   0b10b6f3-3bce-4b11-8f1c-c0efc5aa239c

Yahaya memberi jaminan semua produk IT berjenama yang dijual di MARA Digital @ Ipoh adalah tulen, kecuali aksesori tertentu.

“Orang ramai dijemput datang beramai-ramai ke majlis pelancaran serta ekspo yang diadakan dan kita akan mengadakan program promosi secara berkala sehingga hujung tahun ini,” ujarnya.

MARA Digital @ Ipoh beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.